Sunday 8 July 2012

SEJENAK DI PUTRAJAYA..( FLORIA)

member datang menjeguk
so tak tau nak lepak mana, ajak la dia jenjalan kat putrajaya
kebetulan berlangsungnya floria di putrajaya tu
ala pesta bunga tu

pergi pun dah malam dan memandangkan mlm nie malam minggu n esoknyer tu adalah hari terakhir
bukan main ramai lagi org
naik sesak segala mata dan kepala
so tak sempat nak snap pic sendiri n member sbb ramai sgt org
btw dah mlm kan,gelap n dgn lampu yg ala2 jer tu sure pic tak cantik...ahhaha

mlm tu ada lah perarakan bot berhias dr setiap negeri
kebetulan aku ngan member tak mkn lagi,perut lak memasing agak berkeroncong,
member pun plan la nak g beli mkn sementara menunggu perarakan berlangsung
hayoooo sikit punya panjang nak beratur
so kansel lah,abis perarakan nanti baru kitaorg g makan
layan bot2 yang cantik menarik memang deboom tu leh la wat lupa jap perut tgh lapar

meh kita jeguk bot2 dari setiap negara dan negeri
jommmm

Himpunan kaktus
ala taman dalam laut tu dibuatnya..konon2 mcm coral la..tetap menarik dan pesona

Bot dari Negara China
Negara Cina nie wat bot dari 1 daerah di china tu...ala2 istana larangan maharaja cina bentuknya.
sgt menarik melihatnya 


Bot dari Negara Kenya
bertemakan taman safari..tgk tu ada binatang2 nya..ada gajah..ada singa..auwmmmmm

Bot berhiasa dari Langkawi (LADA)
Langkawi buat bot bertemakan daya penarik di pulau lagenda tu..ada helang dan kabel car 


Johor Darul Takzim
temanya lego land yang bakal menjadi daya penarik negeri johor akan datang..sangat meriah
teringat zaman budak2 main lego tp tak pandai wat bentuk sgt..setakat wat empat segi..huhuhu

Melaka Bandaraya Bersejarah
mula2 tu agak pelik apakah tema dari negeri Melaka nie..dah mcm alien punya spaceship pun ada
rupa2nya yang mcm serkup tu adalah layar skrin..ada la visual mempamerkan zaman kegemilangan melaka dulu sampai zaman ict skrg ...oooooo mcm tu :)


Negeri Sembilan Darul Khusus
biasa lah kan negeri adat pepatih nie mst akan bot bertemakan adat negerinya..minang kabau mst ada..klu tak ada,tak langkap bot Negeri Sembilan nie
haih tak dapek den nak nolong... 

Bot dari Pahang
Pahang Darul Makmur mempamerkan keindahan negeri pahang..bukit freser,safari,strawbery at cameran highland
yup..sangat menarik..part strawberry tu wat aku lapar balik..huhuhu

Perak Darul Ridzuan
Perak paling ringkas aku kira..tak semeriah sgt tp ada gak infomasi pada bot tu..ok laa
kejo yop kejo...

Perlis Idera Kayangan
keenakan dan keharuman magga harum manis menjadi tema bot dari negeri Perlis nie
juga ada replika muzium kayangan yang menjadi antara tarikan pengunjung ke negeri itu

Sabah Bah
negeri di bawah bayu nie buat bot bertemakan keindahan negeri sabah..ada orang utan,gajah piki dan replika bot apa ntah namayer (sorry tak ingat)
meriah bah bot kau..

Serawak Bumi Kenyalang
serawak pun ok jugak..nampak meriah..ada orang utan, burung kenyalang, angsa
tengah2 tu klu tak silap empangan bakun.. (sorry if salah) ..hehehhe


Terengganu Darul Iman
nampak masjid kristal dah tau kan kat mana...tentunya Terengganu..layar2 tu pulak mewakili piala monsun di sana..ada penyu atas tu bot.. kepala penyu tu gerak2 la (kata member aku)
ahahahah

Perbadanan Puterajaya
favorite aku..dan aku rasa favorite semua kot..ahahaha
sgt mistik dan meriah..dari Perbadanan Putrajaya pamerkan keindahan putrajaya..dgn serangga yang bergerak mengililingi bunga2..ada lak rama-rama 'comel' kat tepi tu..ahahahha


Malaysia Tourism
banyak beg2 shoping atas bot nie..wah terasa nak shopping la skrg..jommmmm
hehehhe 


Kementerian Perlancongan Malaysia
hurmm tak tau apa tema bot nie..tp meriah la gak..layan jer


tapi kalau korang perasan kan ada negeri yang tak masuk perarakkan nie..dari kedah (langkawi tu lain yer walaupun dari kedah), dari penang, kelantan dan selangor
kecewa gak coz duk tunggu dr penang..yerlah nak tgk dr negeri aku kan tp hampa
takder la pulak..naper ntah..haish


ok last skali ada petunjukkan bunga api yang meriah..lama dah tak tgk bunga api kan
so layan....


pas abis bunga api nie baru terasa lapar semula
apa lagi blah cepat2 cari makan

so jumpa lagi nanti yer
salam
RiezReza


No comments:

Post a Comment